Saturday, June 30, 2012

Cara-cara menternak/membiak Arnab

Cara-cara menternak/membiak Arnab


PERINGKAT PERMULAAN
1. Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa ) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)

2. Bagi sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan
3. Untuk pengeluaran secara sepenuh masa boleh memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
Contoh Sangkar/ Reban Arnab

Untuk memulakan secara kecil-kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang dibawah ini.
1. 6 buah sangkar dawai brc (10 – 14 gauge) berukuran 2’ x 3’ x 1.5’ setiap sangkar. Ini bagi menempatkan seekor arnab baka.
2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar-sangkar di dalamnya berukuran lebih kurang 4’ x 22’ x 6’ . Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3. Sumber air minuman yang bersih dan sega.
4. Makanan juga perlu bersih dan segar.
5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
6. 1 set arnab dewasa berumur 3 – 5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina
Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina.
MAKANAN ARNABMakanan arnab biasanya berbentuk pellet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4mm dan panjang 2-3 sm.Dijual secara timbang atau didalam beg mengandungi 50 kg/ begMengandungi segala nutrisi untuk pertrumbuhan badan sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimumJangan tukar makanan kepada jenama yang lain sekiranya makanan yang di beli banyak pecah atau berdebu.ini kerana akan menimbulkan masalah kepada arnab seperti kembung dan boleh menyebabkan kematian.Jika perlu membuat pertukaran makanan ( memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama) lakukan pecampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
MAKANAN TAMBAHAN
Selain memakan dedak, arnab juga boleh diberi dengan makanan tambahan lain seperti bahan-bahan hijau seperti daun keledek, daun kangkong dan daun rumput isreal (asystasia coromendeliana)lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut. Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dahulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2 ke 3 jam. Kemudian bolehlah diberikan kepada arnab. Lebihan ini hendaklah dibuang keesokkan harinya dan jangan di gunakan lagi.Makanan utama arnab adalah pellet (rabbit pellet) hendaklah diberikan dan boleh didapati di semua kedai pet shop.

PEMBIAKAN Masuk arnab betina dalam sangkar arnab jantan . Tetapi jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab jantan tersebut.Masa mengawan antara 1 – 5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tersebut.Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang, elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

KEKERAPAN MENGAWANArnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari.Penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab pejantan tersebut.Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.Dalam penternakan arnab komersial, arnab betina akan dihakwinkan semula dalam tempoh antara 3 – 4 minggu selepas tempoh beranak. Atau dalam masa proses cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.

MENINGGIKAN KEBERNASANUntuk memastikan arnab tersebut telah mengawan ialah apabila arnab janatan memanjat arnab betina auntuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8.00 pagi – 10.00 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5 – 6 jam selepas proses mengawan yang pertama. Iaitu pada waktu petang.

TEMPOH BUNTINGTempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.Tanda-tanda arnab telah hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27 – 29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Elok sekiranya pembela membubuhkan cebisan kertas surat khabar yang telah di potong-potong bagi membantu pembentukan sarang.Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

ukuran 9 1/2"x16"
BUNTING PALSUTerdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting palsu” keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 – 17, pada masa tu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

ANAK ARNABSetelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana bau lain pada badan anaknya.Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu) buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur 14 – 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.



Menjelang kelahiran

-Penyediaan kotak - 3 hari sebelum beranak

-Kotak anak - dibasmi kuman menggunakan disinfectant seperti , Omnicide .

-Cara penggunaan :l 60ml Omnicide + 10 liter air.


Langkah disinfection:

-Kotak dicuci – larutan omnicidel Dibersihkan – air

-Dijemur dibawah cahaya mataharil Kotak diisi - habuk kayu, rumput kering, siratan surat khabar
- ibu arnab tempatkan anaknya dan elakkannya dari kesejukan.

-Pakai sarung tangan - dicelup Dettoll - elak ibu agresif terhadap anak.

-Buat pembersihan kotak sangkar - elak penyakit.

-Kotak anak dibuka - umur anak 21 hari


Pengurusan anak (1 hari-30 hari )

-Membuat catatan dalam rekod kelahiran:l No. ibul No. bapa

-Tarikh Jumlah anak Berat semasa kelahiran

-Catat pada borang dan kotak anak (umur 1 hari)

-Sangkar sentiasa dibersihkan - elakkan sebarang penyakit

-Rabbit Lactation Pellet’ diberi kepada ibu - menggalakkan penghasilan susu yang baik.

-Sepanjang tempoh awal penyusuan, ibu dan anak tidak boleh diganggu - dikhuatiri ibu akan membunuh anaknya.
MASA MENYUSU ANAKIbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan (colostrums). Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anakmya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.Ibu angkatSekiranya bilangan anak melebehi putting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan putting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak arnab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibody untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2 – 4 minggu.


CERAI SUSUAnak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah sebulan.Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa kesemasa.Setiap arnab yang dipilih hendaklah diletakan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dipilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging) anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar cecara berkumpulan selama 20 – 45 hari lagi

Arnab perlu diasingkan mengikut tahap umur dan saiz. Kalau tak akan berlaku pergaduhan yg boleh membawa maut atau kecacatan ke atas arnab-arnab

Pengurusan Semasa Cerai Susu

-Asingkan anak dan ibu

-Tulis nombor pada telinga anak arnab

-Tulis rekod berat badan anak

-Tentukan jantina anak

-Timbang berat anak

-Pemilihan baka dilakukan

-Asing anak arnab mengikut jantina

-Pasang palong makanan pada sangkar tersebut

-Singkiran - ‘notching ‘dilakukan

-Borang singkiran diisil Baka - dipasang ‘ear tag’

-Isi borang pindah stok

-Sebelum pindah anak - pasang palong makanan dan minuman

-Beri makanan ‘Grower Pellet’ (pembesaran) diberi - ad-lib

-Cerai susu dilakukan - hari ke 30

-Untuk baka - dihantar ke kandang 6 dalam masa 70 hari.

11 comments:

  1. Salaam, terima kasih di atas ilmu tentang arnab, saya mempunyai sepasang arnab sama umur dan sama saiz( anggaran 7 bulan), tetapi arnab betina akan melarikan diri apabila arnab jantan mahu mengawan dengannya, kenapa ye?

    ReplyDelete
  2. brp ekor paling elok utk dibela dahulu?

    ReplyDelete
  3. Umur matang seekor arnab betina

    ReplyDelete
  4. lengkap dan padat ttg ternakan arnab.
    tq tuk ilmu ni..

    ReplyDelete
  5. lengkap dan padat ttg ternakan arnab.
    tq tuk ilmu ni..

    ReplyDelete
  6. Ribuan terima kasih...ilmu yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, Terima kasih ilmunya.in sya Allah akan Di manfaat kan

    ReplyDelete